Semua graduan dimestikan memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak PHT dan pakaian rasmi seperti yang ditetapkan.
Para graduan dikehendaki berkumpul dan mengesahkan semula kehadiran pada jam 8.30 am.
Dimaklumkan bilangan tempat dalam Dewan Dagang adalah terhad. Graduan dibenarkan membawa maksima 2 orang tetamu sahaja.
Graduan, ibubapa atau tetamu TIDAK DIBENARKAN :
- Mengambil gambar pada masa majlis sedang berlangsung.
- Keluar dewan setelah majlis bermula.
- Merokok di dalam dewan.
- Berbual-bual ketika majlis sedang berjalan.
- Menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam dewan.
- Memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sesuai.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan.
Ibu bapa dan tetamu yang hadir hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan.
Mengembalikan semula pakaian majlis konvokesyen dan seterusnya mengambil sijil dan transkrip selepas tamatnya majlis konvokesyen di antara jam 2.00pm–3.00pm di tempat yang sama. (Mengikut arahan pegawai yang bertugas).
Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang telah ditetapkan oleh Urusetia Konvokesyen
Sekiranya memerlukan penginapan, sila berhubung terus dengan hotel-hotel tersenarai